Saturday, August 7, 2010

NewZ

SUKAN

Chelsea ancaman United


CARRICK tidak beraksi pada saingan Perisai Komuniti menentang Chelsea di Stadium Wembley malam esok.


MANCHESTER - Alex Ferguson menyifatkan Chelsea sebagai pasukan yang perlu ditewaskan jika mereka berhasrat untuk merampas gelaran Liga Perdana England (EPL) musim ini.
Pengurus Manchester United itu berkata, Chelsea adalah ancaman paling besar skuad kendaliannya selain menjangkakan Manchester City dan Tottenham Hotspurs mampu mencuri tumpuan.
Musim lalu, Chelsea muncul juara liga dengan mengakhiri penguasaan tiga tahun berturut-turut United di samping turut muncul juara Piala FA.
Anak buah Ferguson bakal menguji kekuatan Chelsea apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan pembuka tirai EPL iaitu Perisai Komuniti di Stadium Wembley malam esok.
"Chelsea mencipta kejayaan berganda musim lalu dan perlu diawasi kali ini berdasarkan pengalaman yang mereka ada. Malah saingan lebih berbahaya dan terbuka memandangkan prestasi pasukan lain juga makin meningkat.
"Kelompok empat terbaik telah berubah dengan Tottenham sudah berada di dalam. City pula terus membeli pemain manakala Everton juga saya fikir mampu merancakkan lagi saingan," tegasnya.
Ferguson mengesahkan akan menurunkan penyerang paling mengecewakan pada Piala Dunia lalu, Wayne Rooney sekurang-kurangnya untuk 45 minit permainan.
"Saya tidak fikir pemain sepertinya mampu memberi impak pada awal musim ini. Mungkin selepas tiga minggu agaknya,'' ujar Ferguson.
United yang akan menentang pasukan yang baru naik ke EPL, Newcastle untuk perlawanan pertama mereka nanti dijangka beraksi tanpa Michael Carrick, Rio Ferdinand dan Gabriel Obertan, Anderson, Owen Hargreaves dan Patrice Evra pada pertemuan dengan Chelsea. - AFP

1 comment:

Related Posts with Thumbnails